Wednesday, February 22, 2017
Tuesday, May 17, 2016
Aku Tetap Harapannya
Setiap pagi aku dibekalkan dengan tekanan. Pagi ni dengan bodohnya aku menerajang pintu gate rumah untuk melepaskan segalanya.
Pagi ini selepas menghantar Kha9 aku bersembang dengan seorang ibu juga punyai seorang anak autism yang bernama Natalie, yang cukup sifat sebagai seorang ibu yang penyayang. Natalie dan Kha9 punyai sikap yang hampir sama.
"Kita sebagai emak n bapak yg ada anak autism kene berusaha dan berkorban lebih".
Kata2 ini hanya kata2 biasa tapi membuat aku tersedar. Walau bagaimanapun yang Kha9 buat, walaupun aku tertekan, AKU TETAP HARAPAN dia untuk menikmati hidup untuk menjadi lebih baik.
Balik nanti aku nak cakap "i am sorry". Ayat yg dia pastinya faham kerana sering di ucap kalau ada buat silap. Aku rasa nak menangis tapi aku tahan.
Bagaimana agaknya gate yg aku terajang tadi?
#autism #autismmalaysia
Sunday, January 24, 2016
Apakah itu kegembiraan?
Apakah itu kegembiraan? Duit banyak? Pangkat tinggi?
Bagi aku, kegembiraan adalah apabila aku DAPAT melaksanakan tangungjawab sebagai seorang BAPA dan SUAMI tak kiralah sama apa yang aku buat itu berjaya atau tidak.
Yang penting, aku dapat lakukannya berbanding keadaan dulu, dimana kami BERJAUHAN.
Ketika itu aku hanya mampu mendengar rintihan anak dan isteri.
Ya. Anak aku seorang pengidap Autism dan tidak pernah mendengar rintihan melalui kata-kata. Namun sebagai keorang bapa, aku MAMPU mendengar dengan rasa hati.
#autism
#autismmalaysia
Tuesday, January 19, 2016
Selamat Tinggal Kapit
Hari ini, atas persetujuan kedua pihak Kuching-Kapit, secara rasminya aku menyerah semua tanggung jawab di pejabat.

Terima kasih buat 'my big bos, my guitar hero' Gerald George kerana melepaskan aku pergi. Dulu hanya bos, sekarang dah jadi big bos Jkr Kapit. Tahniah. Ada masa kita jamm bos. Jangan stop Bulldozer bos. Teruskan.
Tak lupa buat sahabat baik CEO, Tan Sri Yussof Thon yang banyak bertungkus lumus membantu aku sepanjang berada di Kapit dari tahun 2006-2016. Kebaikannya hanya Allah yang dapat balas. Aku belum jumpa pun org sehebatnya sama ada sebagai seorang sahabat diluar mahupun rakan sepejabat. Apa pun terjadi, ingat slogan kita, Ung Tong tetap Ung Tong.
Teng Mee Khing, andai aku batman dikau adalah robin. tapi versi batman lebih muda dari robin. Hehe. Tahun ni mahu sahaja aku nak bagi markah 100% untuk prestasi kerjanya. Tapi dihalang oleh banyak pihak sebab tak logik. Kenapa tak logik? Pendapat aku, takkan sama dengan orang. Sebab dia pembantu aku, aku puas hati dengan kerjanya. Haha. Ok teng, maybe i'm not the best bos for u, but u are the best assistant i ever have😊.
Begitu juga robin aku di Belaga, bro Ainol yang banyak membantu secara langsung mahupun tidak langsung. Sayangnya aku tak diberi peluang nak menilai dia. Kalau tak 100% pun dalam tangan😱😝.
Tidak lupa buat jiran opis felix, glyn, Janet, Flo, gomez, sam, valentine, ros, kathy, juliana, razif, philip dan lain-lain yg tak sempat aku sebut.
Bos section, Mr Lim serta geng se'building section, Chan, Ng, Suhaimi, Redy, ploni, arrani, wan jep terima kasih kerana banyak memberi kerjasama hebat, juga buat Oic song, Mark n Daisy , oic belaga, Ainol the bassist.
Tq buat Kak liza serta warga Admin kerana banyak membantu dalam pengurusan terutama hal pindah ni, Azam serta warga account banyak urus claim aku. Hehe😅. Tq.
Terlalu banyak nak aku tulis, risau tak cukup pulak column ni. Pendek kata semua warga JKR Kapit selamat maju jaya, selamat tinggal dan maafkan salah silap aku.
Di sudut rock aku, tidak lupa geng2 band yang pernah jatuh bangun bersama dalam arena muzik indipendant terutama ahli band UB7. Yang asalnya ditubuh bersama Wellinton, Jac Ky, Herry dan Is. Kemudian silih berganti dengan ahli yang lain seperti abg Ajem, Najib dan beberapa orang yang lain yang pernah dijemput menjadi seasonist kumpulan. Maaf kalau ada nama yg aku tak ditulis disini.
Tidak lupa juga band-band dan individu yang lain seperti Bulldozer, Horizon, Kafarah, Kunatak, S.DOA, Yunus, Giat Mara band dan banyak lagi yang tak aku senaraikan. Maaf ya.
Begitu juga untuk ahli-ahli tetap 1 Ung Tong Bakery yang tidak putus-putus melabur, aku ucapkan selamat jalan dan halalkan segala roti-roti yang aku makan sepanjang 10 tahun aku disitu. Hehe👍.
Geng-geng bola yang pernah aku tersepak atau terajang maafkan ye. Haha. Terutamanya Ainol n Kokie, mauk belajar dolok dari veteran. Betol sik jeps? Haha😂.
Hampir lupa, Ipin lSSS. Walaupun lewat pertemun kita, aku masih simpan dendam Liverpool vs Real Madrid😡. Haha. Tq bro. Tulong atur barang😊.
Secara umumnya, semua warga Kapit, selamat maju jaya dan jumpa lagi.
Banyak suka duka aku tempuh. Banyak perkara mematangkan aku untuk menjadi bekalan menghadapi hidup bandar besar di Kuching kelak.
Walaupun Kuching tempat kelahiran, namun bagiku masih asing😧.
Kapit juga membekalkan aku sebagai seorang photographer dan graphic design yang baik sebab banyak masa untuk aku belajar semua ini. Mungkin masa-masa ini kalau di Kuching terbuang di dalam kereta kerana jalan yang jem yang aku alami baru-baru ini tetapi semuanya tak berlaku di Kapit.
Begitu juga dengan muzik, Kapit membekalkan aku dengan lebih 40 buah lagu yang telah aku rekod. Yang tak direkod banyak lagi. Mungkin tibanya aku di Kuching aku memanafaatkannya.
Tq. University Of Kapit. Aku dah dapat degree in Photography/graphic & Music walaupun secara tidak langsung😝
Ya Allah, beginilah rupanya perasaan Steven Gerrard pabila nak meninggalkan Liverpool setelah sekian lama dalam suka dan duka. Begitu jugalah aku setelah 10 tahun berada di Kapit. Daripada aku baru berumur 20an sehingga aku dah 30an, daripada bujang sehinggalah nak masuk 2 orang anak, dari rambut panjang mengurai sehingga rambut ala-ala C.Ronaldo.
Akhirkata, terima kasih Kapit kerana mengizinkan aku memberi sedikit warna dalam scenario Kapit dan kembali memberi warna pada hidup aku. Selamat jalan semua dan jumpa lagi 😃😐😭.
Saturday, January 16, 2016
Keldai, Suami Dan Isteri
Aku suka karya kartun ni. Kadang2 org sekeling kita tak berhenti bercakap. Kita boleh terima kata2 mereka dan tapis sendiri dgn akal. Terima saja dengan hati terbuka. Rileks...😌
Bagaimanapun, kita berhak memilih keputusan kita sendiri. Kerana kita lebih tahu apa yg kita perlukan.
Tentang kata2 sesudahnya, belajarlah untuk ABAIKAN 😝. Pening kepala kalau nak dilayan sangat.
Mulut orang tak leh tutup, tapi kita boleh belajar tutup telinga. Haha😂😂😂
Subscribe to:
Posts (Atom)