Setiap pagi aku dibekalkan dengan tekanan. Pagi ni dengan bodohnya aku menerajang pintu gate rumah untuk melepaskan segalanya.
Pagi ini selepas menghantar Kha9 aku bersembang dengan seorang ibu juga punyai seorang anak autism yang bernama Natalie, yang cukup sifat sebagai seorang ibu yang penyayang. Natalie dan Kha9 punyai sikap yang hampir sama.
"Kita sebagai emak n bapak yg ada anak autism kene berusaha dan berkorban lebih".
Kata2 ini hanya kata2 biasa tapi membuat aku tersedar. Walau bagaimanapun yang Kha9 buat, walaupun aku tertekan, AKU TETAP HARAPAN dia untuk menikmati hidup untuk menjadi lebih baik.
Balik nanti aku nak cakap "i am sorry". Ayat yg dia pastinya faham kerana sering di ucap kalau ada buat silap. Aku rasa nak menangis tapi aku tahan.
Bagaimana agaknya gate yg aku terajang tadi?
#autism #autismmalaysia
No comments:
Post a Comment