Sunday, July 12, 2009

Pua Kumbu Dari Kapit



Apa khabar semua? Sudah sedia maklum, aku berasal dari Kuching. Pada mula-mula berkhidmat dengan JKR, kecut perut aku bila aku dapat surat yang menyatakan aku akan diposting ke Kapit. Tapi sekarang, syukur, bagi aku Kapit punyai keistimewaan tersendiri. Salah satunya adalah kain PUA KUMBU. Nama yang agak popular di Sarawak bila dikaitkan dengan masyarakat iban.

Aku ceritakan sedikit al kisah pua kumbu ni.Tenunan kain pua atau dikenali juga sebagai tenunan ikat adalah seni tenunan
yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak. Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas yang ditenun menggunakan 'Kek Iban'. Pua Kumbu pula merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini bewarna kemerah-merahan atau coklat tua.

Sungguh menarik, tambahan pula aku berada di tempat asal usul kain pua ini. Dengan kesempatan ini, aku sekarang ni jadi saudagar kain pua kumbu. Adalah untung sikit-sikit. Lagi pun harga yang aku bagi ini agak murah berbanding ditempat lain. Tambahan pula ia original terus dari Kapit, Sarawak. Seperti yang diketahui, Iban merupakan golongan majoriti di kawasan Kapit dan juga merupakan masyarakat Iban terbesar di Sarawak. Ini yang membuatkan kain pua yang aku jual ni istimewa.

Pua Kumbu aku ni didatangkan dalam pelbagai saiz.

Iaitu :

32cmx44cm = RM 28

79cmx46cm = RM 35

112cmx46cm = RM 68

136cmx46cm = RM 80


Bayaran Pos dan pembungkusan tambahan RM 10 dikenakan.
Untuk kuantiti yang banyak, discount akan diberikan...he..he.. Beli...jangan tak beli. Bingkai tidak disediakan ye..

1 comment: