Sunday, April 18, 2010

FESTIVAL NASYID 2010





Alhamdulillah, Pertandingan sudah selesai. Kita sudah tahu siapa juara yang akan mewakili Sarawak. Ini bermakna, tugas aku telah selesai.

Kepada peserta-peserta mahupun urusetia yang buat pertama kali datang ke Kapit. Aku upload semua gambar-gambar aku adalah sebagai cendera hati dari aku dan sahabat-sahabat dari Kapit. Walaupun tak seberapa, sekurang-kurangnya ada tanda kenangan dalam bentuk gambar untuk tatapan anda semua. Mungkin ada yang kurang dalam gambar ni. Mungkin ada bertanya, kenapa ada kumpulan banyak gambar, ada yang kurang? Semua ini kerana aku sebenarnya aku sibuk bertugas sebagai JK Kelengkapan & Hiasan, ambik gambar ni ibarat menyelam sambil minum air je. Aku bukan Official Photographer majlis ni.

Sepanjang melihat persembahan Nasyid, aku paling suka dengan teknik anguk para peserta. Best, slow je... tak macam hangguk rock yang biasanya buat leher terseliuh hanggukan mereka lebih lembut, di buai-buai bagai di pukut oleh sang bayu.. He..he.. best..best.

Kumpulan yang menyertai Festival Nasyid kali ini ialah, Az-Zufar(Rintihan) , Ar Rayyan(Aksara Khalifah), As Sobihin(Mata Dunia), Nabil Nadhawi(Ikrar) dan Ihtisyam(Perjuangan) bagi Kategori Moden. Manakala untuk Kategori Tradisi pula ialan Qiesya (Wahidatul Ummah), Soutul Ibtihaj (hijaukan Bahtera Kehidupan), Qurattun Ain (teguh Bersatu), sri Puteri(Pembangunan Ummah), Na'Aila (Bila cinta). As Sobihin telah menjuarai kategori moden, manakala bagi kategori tradisi dimenangi oleh Na' Aila.


Ok...penat menaip...anda semua jangan lupa add FACEBOOK aku tau.... zulkha_7@yahoo.com.. Saja nak tambah kenalan di pelusuk negeri Sarawak. Lagipun mungkin ada kekurangan gambar di sini dan aku upload semuanya di Facebook.


Akhir kata, semoga anda semua bergembira, jika ada kekurangan kami dari Kapit, kami memohon maaf. Dalam serba kekurangan, kami percaya ada kemanisan didalamnya. Assalamualaikum.


Malam Rehearsel

















Malam Festival Nasyid




































Gambar dibawah mengunakan kamera Yadi kerana kamera aku habisan bateri. Tak cas, sebab tak plan pun nak ambik. Kamera Canon 450D. Terima kasih Yadi.










3 comments:

  1. Salam... salam Na'aila.. :0)
    Tq Zulkha@Faizul kerana sudi mengupload gambar2 semasa Festival Nasyid di Kapit di jalan kan.. nice pic... :0) -firdaus@na'aila

    ReplyDelete
  2. sama2...ini saja yang dapat saya buat untuk kenangan anda semua.

    ReplyDelete