Setibanya aku di Kapit selepas selesai traveling di Song, aku terdengar orang menyebut perkataan 'motosikal', suara seperti Encik Suhaimi. Tetapi bahasa yang digunakan adalah bahasa Iban. Setahu aku Encik Suhaimi tak reti bertutur bahasa Iban. Nyata bukan beliau.Lantas aku terfikir, ni mesti ada orang nak angkat motosikal ni. Aku terus bergesas naik ke wharf. Lama dah aku menunggu saat nak ambik gambar ni. Kamera dah ada di tangan.
Ramai kawan-kawan yang aku cerita terutamanya yang luar dari Kapit takkan percaya orang Kapit boleh pikul motosikal naik berpuluh anak tangga dengan muka yang selamba. Sekarang korang boleh percaya.
Badan mereka takde lah besar. Lebih kurang aku je. Tapi kenapa mereka ni kuat-kuat. Urat dawai tulang besi. Mungkin ada benarnya perumpamaan tu.
Mungkin sekarang mereka boleh angkat motoskal. Manalah tahu akan datang aku tengok diaorang angkat kereta lah pulak. Pastu lori, sampan, kapal , kapal terbang dan sebagainya. Kamera kene sentiasa di tangan kerana di Kapit banyak perkara-perkara menarik yang akan aku kongsikan.
Fuh..ni dah tahap ultraman tiga ni.
Apasal la korang ni tengok je, pi lah tolong kawan tu.
Ni lah wajah superman tu
Boleh ke naik tangga tu?
Laa...boleh lah naik tangga...
Geram betul aku ngan budak baju merah tu.
WOW! terkejut nampak superman kapit. wuiyoooo....
ReplyDeleteHebat benar tu. Powernyerr
ReplyDeleteHebat memang hebat.