
3-4 December, Kapit- hari bertuah bagi JKR Bahagian Kapit kerana menyambut kedatangan Pengarah Kerja Raya , Datu Hubert Thian. Antara aturcaranya adalah Makan Tengahari Bersama Pengarah, Dialog Bersama Pengarah , Lawatan Tapak Projek Dan Majlis Makan Malam. Suasana disambut meriah walaupun dalam keadaaan yang sederhana.
Aku mulanya agak gementar bila mengenangkan pengarah nak datang. Sebab pada kebiasaannya selama aku kerja di Syarikat swasta dulu, secara purata sikap big bos mesti garang. Aku dah membayangkan kepala lutut aku akan bergetar seperti aku kena marah masa di Syarikat swasta dulu. Presentation tak siap makna nya aku kena sediakan kapas kat telinga lebih awal. Telinga kene kalis bunyi. Kalau tak akan bagi kesan kat jiwa. Boleh bikin jadi gila. Maka bermulalah gejala termenung berpanjangan dan akan memikirkan nak berenti kerja. Itu dulu.
Tapi pengarah yang aku jumpa, dan aku kenali agak tenang. Tutur kata agak rileks tapi macho.
Mungkin wajah beliau mungkin agak serius, namun dalam pergaulan beliau agak peramah. Jadi kenapa nak takut ngan beliau. Kita hormati beliau sebagai ketua dan buat kerja ikut arahannya selagi tak melampaui batas.
Chief Munir kelihatan seperti menjual CD. CD apa tu? Yang penting kita tidak perlu syak wasangka dengan Chief
Cik Felicia tidak melepaskan peluang untuk membawa balik lauk pauk. Ketika makan bersama pengarah, beliau agak malu-malu.
Aksi Encik Richard ketika itu
Hadiah istimewa untuk Tuan Pengarah.
Kelihatan Puan Liza, Puan Ros dan Isteri Encik Wahab cuba menari poco-poco. Namun mereka keliru langkah yang digunakan.
Puan Ros, Puan Liza, Cik Felica dan Puan Janet cuba mengenakan posing yang menarik
Makan tengahhari bersama Pengarah. Cik Felicia mungkin cuba menjelaskan makanan yang dihidangkan.
Chief Munir yang hebat dan bersuara lunak.
Aksi-aksi hebat Janet
Felicia dengan gaya tersendiri menyerlahkan kejelitaan beliau dan terselindung.
Encik Yussof Thon, antara orang yang berjaya memeriahkan suasana.
Seperti biasa, group Photo. Tak sah kalau takde. Tapi aku ambik gambar sebelum mereka sempat bersedia.
Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:
ReplyDeletePagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.