Tuesday, June 16, 2009

Pelajar Praktikal January-Jun 2009

Add ImageHari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bersurai

Pertemuan dengan mereka, dari mulanya tak kenal, menjadi kenal adalah proses yang wajar dalam hidup ini. Setelah kenal, timbul pula perasaan sayang.Sayang sebagai sahabat haa.. tak lebih dari itu...he..he.. Risau juga ungkapan ini jadi kontroversi pulak.. he..he..he..

Itulah proses yang kita jalani sebagai manusia normal. Kepada 5 orang pelajar praktikal tahun 2009 ini. Saya bagi pihak sahabat-sahabat yang lain ingin mengucapkan terima kasih kerana banyak membantu. Mark, Mc dan Paul, telah terlibat secara langsung dalam membantu memperkuatkan pasukan SOKANJAYA. Begitu juga dengan Kathy dan Nurul , yang banyak membantu dalam urusan kerja.

Akhir kata, nasihat abang Zul...belajarlah bersungguh-sungguh. Belajar itu tiada nokhtahnya. Bila dah graduate,jangan lupa belanja abang makan. Dan bila dah kerja...kene belanja makan lagi besar. Tapi yang paling penting, bila dah kerja nanti, jadi le macam resmi padi semakin berisi semakin tunduk. Macam abang ni laa.. ha..ha..gurau je.

Ok semua...kenang daku dalam doamu.

Encik Suhaimi dengan gaya tersendiri beersama cik Juliana, Bang Usup dan Trainee.
Encik Yussof cuba menakutkan Kathy
Nurul,Teng(ni bukan trainee) dan Kathy
Erm..romentik pulak pic ni...
Kathy menunjukkan simbol keamanan
Nurul dengan aksi manja
Cik Juliana ( Bukan trainee) bersama rambut baru beliau

No comments:

Post a Comment