Wednesday, July 15, 2009

Kembali Terjalin



Seperti tajuk lagu Kumpulan Slam dulu-dulu, "kembali terjalin". Itulah tajuk blog kali ini. Hampir 3 bulan aku tak bertegur sapa dengan Ah Chuan gara-gara kes lens yang nak jual kat aku dulu sudah kasi kat ipar dia. Namun kini aku aku terbuka untuk berbalik semula.

Sepanjang hubungan dingin kami berdua, kehidupan rutin aku, Encik Suhaimi dan Encik Yussof Thon juga turut terjejas. Kami bertiga merupakan pengunjung tersohor Ung Tong Bakery, dimana Ah Chuan adalah tokey pembuat air yang hebat seperti yang kita sedia maklum. Semenjak peristiwa itu, Encik Yussof Thon terpaksa minum bersendirian ke Bun Tong atau bersama sahabat lain di Bun Tong tanpa aku dan Encik Suhaimi. Manakala Encik Suhaimi pula aku dah kasi kata dua, nak kawan aku atau Ah Chuan? Manakala aku pulak terpaksa minum kat tempat lain dengan perasaan terpaksa walaupun aku rindukan Mexican Bun.

Air dicincang takkan putus. Itulah bak kata Encik Suhaimi setelah aku menyuarakan hasrat nak berbaik semula. Beliau mengibaratkan aku dan Ah Chuan adalah kombinasi photographer yang baik dan takkan bisa dipisahkan. Mendengar kata-kata itu, jiwa aku tersentak, teringat semula nostalgia-nostalgia kami sebelum ini dan ditambah pula wajah pilu Encik Suhaimi.

Niat aku nak berbaik semula ini disokong kuat oleh Encik Yussof Thon. Sebelum ini beliau selalu memujuk aku berbaik-baik semula dengan Ah Chuan namun ketika itu aku masih keras hati. Sehingga beliau ada kalanya menakutkan aku dengan mengatakan Ah Chuan ni pemanas orangnya dan takut aku ni di apa-apakan kelak.

15/7/2006, akhirnya aku berbaik semula dengan Ah Chuan dan hubungan kami kembali terjalin mesra.







Secara rasminya hubungan kembali terjalin pada tanggal 15/7/2009, namun wajah
Ah Chuan masih tetap sungul mungkin kerana terlalu terharu.

P/s : Adakalanya kita maafkan sahaja kesilapan orang yang sedar perbuatannya tidak baiknya terhadap kita. Kerana kita tidak tahu hikmah disebalik mengapa perkara begitu berlaku.

3 comments:

  1. Salam bro, bagus lah mun dah berdamai... he he he..
    Lamak tok pun, muka ah chuan mcm xda mood jak..
    Mun u dah berdamai, mun mcm ya, i start minum sia juak lah esok... he he he...

    ReplyDelete
  2. ok..boleh...boleh..kita tuk bersaudara bah..

    ReplyDelete
  3. aiseh..cita sedih lah pulak..

    aik, kiky pun ada..rasanya kenal tok..hehe no wonder lah sbb kiky yang saya kenal (pgx'an) mmg kerja d kapit juak..

    anyway, best jalan cita..baguslah mun dah berdamai..buang yang keruh ambik yang clear..kah kah kah..

    ReplyDelete