Thursday, September 2, 2010

Aku sesat di arena seni

Assalamualaikum,


Aku sebenarnya dah tersesat di arena seni, tapi bukan di arena percintaan ye..sebab dalam arena percintaan aku tak boleh sesat lagi. Kalau sesat kene sembelih. Apa yang aku ingin buat sebenarnya? Siang hari aku bekerja, malam nya pulak aku ngan aktiviti-aktiviti seni aku. Adakalanya aku melukis potret, adakalanya pulak mood aku pergi ke muzik pulak, maknanya aku akan jamming . Kecualilah bulan ini aku tak jamming, rasa bersalah kalau jemming di bulan ramadhan. Takkan dikala umat islam pergi terawikh, aku pulak terpekik terlolong. kalau aku terpekik terlolong dibulan ramadhan, maka kurang la pahala aku.


Jauh pulak aku menyimpang. Tiba masanya pulak, mood aku ngan muzik adakalanya slow pulak, dan aku akan ke dunia fotografi. Malam-malam aku akan edit gambar sampai larut malam, atau kawan-kawan serumah aku jadi mangsa untuk jadi model sambilan tanpa bayaran khusus. Model yang dimaksudkan ialah Encik Arani dan Encik Wan Jep. Dulu Encik Suhaimi menjadi model utama aku, oleh kerana tidak mendapat bayaran yang setimpal, beliau dah cabut.


Erm...ada masanya aku bosan jugak nga fotografi, sana-sini orang bawa kamera. Popular dah seni fotografi ni. Shoot je gambar, dah jadi dah gambar. Mudah. Tapi sebenarnya Fotografi perlukan penghayatan seni sebenarnya. barulah gambar jadi bermakna.Bukanlah setakat dari segi teknikal semata-mata. Ini pendapat aku je la... lain orang lain pula pendapat. Aku menyimpang lagi, aku nak katakan, ada masanya aku bosan, maka aku akan lukis komik atau kartun. Dalam komik dan kartun aku lukis mengikut pergerakan minda aku, apa aku nak lukis, aku akan lukis. Dari fikiran turun ke tangan. Best lukis kartun ni, mudah dan cepat.


inilah sekadar coretan dimalam hari. Dah pukul 2.05 pagi. Kalau aku solat tahajud ni, besar ganjaran pahala... Tapi kenapalah kita ni sebagai umat manusia, walaupun sudah dimaklumkan di dalam al-Quran kehebatan-kehebatan sesuatu ibadah, kita masih lagi berat nak lakukannya. Adakah perlu di zahirkan ganjaran pahala? Entah lah. Manusia mudah alpa.

No comments:

Post a Comment