Sunday, November 28, 2010

Outing 1/2010 : Manusia & Guitar

Ketika aku menulis artikel ni, aku sangat le mengantuk. Oleh kerana keghairahan ngan outing hari ni, aku mengagahkan diri mengangkat jari jemari aku ini untuk menaip.

Lama dah geng Kapit ni tak outing. Dulu-dulu selalu jugak ketika zaman Cikgu Sebandi & Kiki masih bertahta. Tapi ketiadaan mereka seolah-olah membawa lari semangat outing kami ke tempat mereka transfer.

ok, kali ni, outing aku ngan Lockon. Beliau sangat handal dengan flash Nissin beliau. Aku banyak gak belajar darinya. Sayangnya kali ini Encik Herry tidak dapat bersama atas urusan yang amat sukar diabaikan. Untuk makluman kalian, Herry & Lockon adalah bakat baru yang aku kenal.

Ok.. aku ngan Lockon...eh lupa pulak, adik beliau pun ada bersama. Nama aku dah lupa. Model kali ini ialah Encik Jep dan keluarga, awek 2 orang dan....jeng..jeng..jeng...aku sendiri...Zulkha!!!

Tema:
Tema kali ini kami mengunakan gitar dan manusia sebagai manusia. Hasilnya, 3 gambar seperti yang anda lihat di bawah. mengapa gitar, kerana gitar adalah penghibur, penghibur dikala bersedih seperti lelaki dibawah (aku tu..), bersedih dan gitar menjadi penghibur hatinya sendiri. Begitu juga kisahnya nya ngan gadis 2 orang tu pulak, mengunakan gitar untuk mengorat aku...he..he..cewah.. dan seorang abah bermain gitar untuk menghiburkan keluarganya.

Keluarga & Gitar

Itulah peranan gitar, ilham ini aku ambil kerana minat aku dengar muzik dan gitar adalah sesuatu yang istimewa. Wassalam

No comments:

Post a Comment