KEDIPAN KACA merupakan lagu karya kami sendiri. Pertama kali didendangkan di Kaul Music fest yang pastinya menjadi sesuatu yang istimewa khususnya bagi kami yang pertama kali mendendangkan lagu ciptaan sendiri di khalayak umum. pertandingan yang bagi kami yang agak berprestij memandangkan tahun demi tahun diadakan, disamping saingan sengit dari band segenap pelusuk sarawak ditambah band2 yang berpengalaman, tambahan pula hakim yang didatangkan jauh dari kuala lumpur yang bukan calang orangnya iaitu pemilik majalah ROTTW, Mohd Rom Mohd Nor.
Pada awal penyertaan hanyalah untuk menimba pengalaman dan ini adalah pengalaman kedua kami menyertai BOTB( sebelum ini di Kapit).Sampingan nya pulak, cuba memperkenalkan lagu hasil ciptaan sendiri. Satu risiko besar sebenar nya. Tapi kami nekad je. Belum try belum tau kan...
Terima kasih buat REG yang menganjur pertandingan, sekaligus memberi peluang untuk kami menyampaikan lagu kami.... buat band2 otai yang lain seperti Muhibbah & Warblade, terima kasih kerana tips2 yang diberikan, buat The Sharpest, tahniah..anda boleh jadi artis dah... gaya setanding Meet Uncle Hussein. Dan geng2 seperjuangan yang lain yang kurang bernasib baik, jangan putus asa. Teruskan perjuangan kita. Jumpa lagi tahun depan.

Tentang Lagu Kedipan Kaca:
Sebuah lagu yang rancak. memberi imej positif kepada seseorang walaupun bukan menjadi pilihan.
Seseorang itu bolehlah diibarat sedang bertanya kepada bekas aweknya " Gunakan akal dalam memilih antara kaca dan permata, antara aku kaca atau dia yang kaca? ... hanya kau sendiri yang tahu. Jangan dikaburi meterialistik dan yang pasti aku ada kejujuran. Aku tidak meminta aku jadi pilihan ....cuma aku hanya bimbang kau tersesat dalam hidup kamu, akhirnya kau akan rugi". Begitu lah kot.... yang penting , disini aku nak tonjolkan, seseorang tu tidak lemah walaupun bukan jadi pilihan. Aku suka menulis lagu si watak utama nya kuat, tak frust menonggeng. Sebab prinsip hidup aku sendiri, tiada perkataan putus asa, terutama hal cinta. sedangkan cinta kita kepada tuhan sering kali kita lalai. Mengapa kita tidak menangis untuk nya.
No comments:
Post a Comment