HIKAYAT KAMBING HITAM
Ini bukan kisah
makluk lagenda
yang di
puja-puja juga dibangga-bangga
tidak juga
punya nama
tiada bermagik
punya kuasa
bak… makluk
mitos…makhluk mitos…
jangan di
pandang, sebelah mata
dia sering
dicari maka beres segala
menjadi korban
menjadi sembelihan
terselamatlaht diri
si makluk durjana..makhluk durjana…
Hikayat Si
Kambing Hitam menjadi magsa
oleh makhluk-makhluk
bernafsu buaya
Nafsu Buaya
Si Kambing
hitam menjadi mangsanya (x2)
Ada pilihan tak
diberi pilihan
terkeliru
pisau dah di kepala
Terperangkap
antara hidup mati
apa nak pilih
turutkan
saja..….
Kemna kau nak
lari….kemana kau nak sembunyi…
Inikah
tujuan hidupmu sering menjadi sasaran
si durjana
meneylamatkan
nasib nya
si durjana
terselamat nasib nya..
Hikayat Si Kambing Hitam menjadi magsa
oleh makhluk-makhluk bernafsu buaya
Nafsu Buaya
Si Kambing hitam menjadi mangsanya (x2)
Disebalik lagu Kambing Hitam
Sebuah lagu yang aku cipta terilham dari seorang sahabat dimana dia sering mendakwa dikambing hitamkan. Kesian pada sahabat ini. Oleh kerana sering kali mendengar cerita beliau, maka terilhamlah lagu ini. Ini saja aku mampu buat untuk nya, nak tolong lebih dari tu, nak memutihkan kambing yang hitam, memang tak mampu aku nak buat. ha..haa..
Lagu ini aku cipta sendiri, bermula dari menulis lagu dan melodi sehingga compose muzik. yang menarik disini aku bukanlah pemain muzik yang baik. Nasib baik ada keyboard midi Korg aku ade..(Rm180 harganya..promote ni..ha..ha..). walaupun agak perlahan menekan butang2 nya, yang penting aku dapat menterjemahkan rentak muzik didalam lagu ini. Syukur.
Bukan sekadar muzik aku buat sendiri, mtv ini pun aku terpaksa belajar sediri membuat nya dengan program Final Cut. Syukur...jadi jugak walau tak berapa baik. Aku akan cuba buat lagi dengan lebih baik. Aku buat video ni bukan nya apa.. supaya lagu kambing hitam ni dapat disampaikan dengan lebih baik...serangan dari telinga dan mata..haha..
ok. akhir kata. ini hanya sebuah dari lagu-lagu ciptaan aku. Sememangnya aku bukanlah seorang penulis lagu yang dikenali, tetapi aku tetap akan berkarya demi tuntutan jiwa seni aku yang selalu memberontak. Duit bukan yang aku harapkan.
Ok..sekali lagi akhir kata... jangan lupa follow 5 buah lagu aku bersama TSP, tak lama lagi akan keluar tunggu....
No comments:
Post a Comment