Saturday, April 25, 2009

LAGENDA KEMBALI

80an


2009


18.4.2009 , Sabtu- Pertandingan Bola Sepak MAKSAK telah diadakan di Stadium Kapit dan dikelola oleh KDC. 5 pasukan telah mengambil bahagian iaitu Sokanjaya, KADICO, PSKPP, Agric dan PDRM. Sistem pertandingan adalah dalam bentuk liga. Pertandingan dilansungkan selama 5 hari bermula 18.4.2009 sehingga 23.4.2009. KADICO telah menjadi johan Pertandingan di ikuti Agric ditempat ke dua dan PSKPP di tempat ke tiga. SOKANJAYA kalah 0-3 pada perlawanan pertama melawan KADICO, seri 1-1 perlawanan ke-2 melawan PSKPP, menang 3-0 menentang PDRM dan kalah 0-1 kepada Agric .


Walaupun SOKANJAYA Veteran mendapat tempat ke-4, semangat mereka benar-benar buat aku kagum.Bermain seolah-olah berusia 20an. Terutama abang Sharkawi, yang berusia 56 tahun, beberapa bulan lagi nak pencen tapi masih mampu berlari kencang walaupun kadang-kadang aku tengok beliau jatuh tersungkur. Ish..haru...

Aksi-aksi hebat Abang Sharkawi ,
seperti Mokhtar Dahari...kagum..kagum...



Aksi-aksi kurang hebat Abang Sharkawi ,
tak macam Mokhtar Dahari.. haru..haru...



Steward Biru, Martin, Bang Aziz dan
Philip
turut tersungkur sama.
Ini dinamakan setiakawan,
jatuh bangun bersama.


Selain Abang Sharkawi, Steward Biru, Matu Lian dan Pimpin juga hebat. "Boleh tahan..!" bak kata Encik Suhaimi ketika ditemu ramah sambil menghela nafas panjang. Jelas perasaan bangga di wajah beliau. Mereka di era 80an pernah mewakili Bola Sepak Kapit. Manakala pemain-pemain lain aku masih kurang pasti.



Lagenda-lagenda SOKANJAYA



Aksi-aksi menarik Matu Lian


Pimpin suatu ketika dahulu bermain sebagai penjaga gol walau bagaimana pun
aksi beliau sebagai penjaga gol hanya pada perlawanan kedua SOKANJAYA. Kebetulan perlawanan kedua hujan dan hasil gambar aku kurang menarik kerana keadaan gelap dan jarak dari grandstand agak jauh.

Pimpin menangkap bola dengan bergaya.
(Kelihatan ada budak-budak main kat
belakang bersama bapak budak.
Sedikit mencacatkan gambar aku. Ish..)

Lupa pulak aku nak komen persembahan Coach aku....iaitu Abang Lias.Coach sesungguhnya zaman coach dah beralih ... kalau jadi striker kene tunggu kat atas....bukan main kat tepi atau kat bawah..ada peluang cuba try... jangan gelecek bola sampai masuk gol.He..he.. jangan marah coach..! Inilah peluang aku nak komen kat Coach aku. (aku selalu kene ayat macam ni ngan Bang Lias masa main bola.)


Coach aku yakni Encik Alias cuba melepasi
Coach Squad Senior KPSU yang lepas.



Dua coach bertempur di padang disaksikan
oleh pemain-pemain Senior SOKANJAYA dengan
gelak ketawa yang diketuai Encik Suhaimi.


Di akhir pertandingan, aku sempat menemu ramah encik Yussof Thon (Pengurus Pasukan SOKANJAYA) , berjela soalan aku bagi tentang perancangan pasukannya yang tidak berapa menjadi namun, mereka tetap beraksi dengan baik. Beliau hanya menjawab "selamat maju jaya" dan terus beredar bersama trofi entah kemana.




Gambar ketika perlawanan, wajah beliau sedih,
fikiran buntu, semua nya berserabut..





Wajah gembira walaupun dapat no 4 ,
mungkin kerana dapat juga trofi.

Kelihatan Encik Suhaimi turut serta

menjayakan pose-pose Encik Yussof Thon




Di era 80an, SOKANJAYA merupakan pasukan yang hebat. Kerap kali ke perlawanan akhir, sekaligus menjadi juara. Aku belum jumpa fakta bertulis mengenai pasukan SOKANJAYA seperti Salatus Salatin, penulisan Tun Sri Lanang yang mengisahkan sejarah Melayu. Kalau ada kitab macam tu, senang buat rujukan.

Walaubagaimana pun, setelah mendapat ilham dari cerita CSI, aku berjaya mendapat bukti dari stor Building Maintenance. Berlambak Piala-Piala lama kat situ. Juara..naib juara...juara..naib juara... hebat! Bukan Bola Sepak je. Ni termasuklah Bola Tampar, Badminton, Tenis dan banyak lagi.... mereka sapu habih...

Entah mengapa SOKANJAYA sekarang sukar nak jadi juara. Nak lepas peringkat kumpulan pun payah. Kenapa? Walhal pemain hebat-hebat belaka seperti Encik Suhaimi, Saudara Norlisam, Encik Plonny dan ramai lagi.

Bila aku imbas kembali, sewaktu melihat SOKANJAYA Veteran bermain, aku tahu ada sesuatu yang kurang dalam squad Senior berbanding Vateran. 'Semangat' dan 'Kerjasama' dalam pasukan ... Mungkin ada yang berkata, mereka dah berusia, takkanlah nak gaduh-gaduh.. Memanglah mereka sudah Veteran dan tidak serius lagi bermain bola dan mungkin sikap tenang mereka disebabkan kematangan mereka. Tapi aku percaya mereka hanya 'enjoy bermain bola bukan kerana tujuan yang lain' Encik Suhaimi? apa pendapat encik?... mungkin Encik Suhaimi akan mengupas dengan lebih lanjut perkara ini dalam blog beliau.


Aku sangat harap SOKANJAYA akan kembali bangkit. Dengan semangat yang baru. Dari mula aku datang ke JKR Kapit aku memang idamkan sebuah pasukan Bola Sepak yang hebat. Kedatangan staft baru JKR seperti Encik Plonny, Encik Suhaimi, Encik Enturan, Encik Rengga dan Encik Stephan benar-benar buat aku gembira. Tambahan lagi, mereka mempunyai latar belakang bola sepak yang tersendiri. Kehadiran mereka, insya-Allah SOKANJAYA kembali agung jika pasukan ini dibentuk dengan betul. Kombinasi pemain baru dengan pemain lama...peh.. aku dah bayangkan seperti pasukan Liverpool , M.u, Arsenal atau Chelsea. (sebenarnya team Liverpool je , terpaksa sebut M.U, Arsenal dan Chelsea, nanti orang marah)

Bangun SOKANJAYA...Bangun....!!! Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh bak kata Sarjan Hassan. SOKANJAYA sudah lama tidak merasai nikmat juara terutama bagi generasi baru JKR Kapit, melainkan sekali mendapat tempat ke-2 pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 2009 hasil usaha bersama dengan Encik Suhaimi.




Gambar-gambar lain :-



Aksi-aksi pemain veteran

Aksi-aksi dipadang dan diluar padang,
Kelihatan Encik Suhaimi menjeling dengan
renungan mengoda.



Matu dengan bergaya...
kelihatan seperti memberi
arahan kepada pasukan,
tapi sebenarnya dahaga nak mintak air.



Wajah suka duka SOKANJAYA Veteran


Juara Pertandingan Bola Sepak
MAKSAK Veteran
, KADICO


Hukuman sebat bagi yang ingkar arahan pengurus

1. Abg Munir yang kecewa. Bolos 3 bijik perlawanan pertama.
2. Perlawanan pertama penuh debaran.
3. Manager tengah buat-buat busy.
4. Abang Sharkawi bersama big boss JKR



1. Macam model baju sukan lah pulak.
2. Encik Suhaimi dengan wajah cute.
3. Subhi dan Biru.


Kung Fu ke main bola ni?


Photographer-photographer bertauliah pada
hari pertandingan.
Cikgu Sebandi,
Ah Chuan dan Anuar (Gambar atas)

Thank you Ah Chuan kerana kasi pinjam
aku tele lens 40mm-150mm. Jasa mu dikenang.

1 comment: