Friday, May 1, 2009

Bengkel Muzik Moden

Bagi peserta yang baru mendalami muzik, ini adalah langkah permulaan. Untuk yang sudah mengenalinya, inilah peluang untuk menjiwainya lebih mendalam. Bagi seorang penyanyi pula, mungkin suatu hari nanti boleh membuat persembahan solo.

KPSU Kapit telah menganjurkan Bengkel Muzik Moden, bertempat di Dewan Suarah, Kapit dan terbuka kepada semua warga pemuzik dan bakal pemuzik yang menetap di Kapit. Bengkel berlangsung selama 3 hari. Seramai 3 orang guru pengajar , iaitu Cikgu Man, Cikgu Boy dan Cikgu Saiful.

JKR Kapit juga tidak melepaskan peluang dan memang tak pernah melepaskan peluang untuk mengikuti kursus yang dianjurkan. 3 orang pemuzik JKR (kononnye laa..) telah dihantar mengikuti bengkel iaitu Encik Roger ( pemain Bass bekas Kumpulan Dilemma) , Encik Richardo Zulkha ( vocalist dan gitar, juga bekas kumpulan Dilemma) dan Cik Juliana ( pemain keyboard untuk Kombo Sokanjaya JKR Kapit).

Para peserta peserta diajar mengenali kord 'togey'. Pening kepala aku nak paham benda ni. Tapi kepeningan kepala sering diubati dengan sesi makan. Kadang-kadang ketika makan, aku terkenang dengan Encik Suhaimi di rumah. Adakah beliau sudah makan ataupun belum? Tapi semua itu tak memusnahkan usaha aku untuk belajar kord togey. Betullah kata orang, makan togey lebih mudah berbanding baca kord togey. Jadi, bagi orang bukan pemuzik..makan sajalah togey, dan janganlah cuba-cuba mempelajarinya kalau tidak disertai dengan bakat dan minat.




Kelihatan Encik Zulkha dan Encik Roger membayangkan diri mereka seperti M.Nasir atau P.Ramlee atau M.Rajoli, walaupun baru mengenali kord togey. Semangat ini yang kita mahu. Cik Juliana lebih bersahaja , mungkin sudah membayangkan dirinya seperti Dato Siti Nurhaliza.

Kelihatan Cikgu Boy menjelaskan bacaan
kord 'togey'.
Kepeningan kepala peserta
terbukti apabila
Encik Kemarau mengaru-garu
kepala tanda kurang paham.


Sesi makan sentiasa menyelamatkan para
peserta daripada berputus asa untuk menyertai Bengkel.

Cik Sudau kehulu-hilir mengambil gambar.
Mungkin untuk menceriakan peserta
yang suka bergambar.
Kelihatan brother kat
belakang tu hampir tertumpas di arena musik.


Encik Minggu, Cik Juliana , Encik
Roger dan Encik Richardo Zulkha

menekan keyboard satu persatu.
Bila lagu nak abis da...


Cik Juliana memperkenalkan diri dihadapan kelas.
Beliau peserta yang paling lewat mendaftar
dan sedang
mencari alasan-alasan kukuh
yang boleh memperdayakan cikgu.



Cik Juliana membuat lawak simple ketika berucap
pada hari
terakhir bengkel. Beliau mewakili
peserta
dari JKR untuk memberi ucapan.

Ketika sesi praktikal. Ada yang buat-buat pandai walaupun tak reti main keyboard.
Peserta bengkel membuat persembahan
ketika
majlis penyampaian hadiah.
Kelihatan gambar Pak Lah masih lagi
tergantung didinding,
walaupun Najib sudah menjadi PM.


Rockers-rockers Kapit yang kepeningan
namun masih
sudi memberi sedikit
pose-pose menarik kepada jurugambar.




Peserta dan cikgu-cikgu di akhir bengkel.
Encik Zulkha berdiri dengan yakin
menandakan
ilmu beliau sudah cukup
untuk bergelar seniman.



Group Photo yang tak menjadi.

Group Photo yang kurang menjadi. Masa aku test cerah je gambar.
Bila aku suruh orang ambik gambar ni jadi gelap pulak.

No comments:

Post a Comment