Friday, February 20, 2009

KFK - Basic Photography Workshop V.2

Sekarang bolehlah aku digelar Photographer bertauliah kerana dapat belajar dari guru-guru yang bertauliah. Namun aku tetap merasakan ilmu aku masih cetek, dan ingin mencari sebanyak yang mungkin sehingga aku menjadi yang terhebat.

Workshop berjalan lancar walaupun agak meletihkan kerana aku baru balik dari perjalanan dari Kapit-Song (menghadiri Tilawah Al-Quran).Kemudian aku meneruskan perjalanan ke Sibu. Sampai di Sibu aku berjalan bersama Encik Yussof dari Sibu-Bintangor-Serikei-Saratok-Jaka-Roban dan kembali ke Serikei untuk menaiki bas ke Kuching.

Tiba di Kuching dalam pukul 2 pagi. Aku gunakan kesempatan untuk berehat dan bangun semula untuk pendaftaran Bengkel Asas Fotografi lebih kurang jam 8 pagi.

Memenatkan namun aku gagahi juga demi mendapatkan ilmu.

Bengkel berjalan lancar, semua peserta dan guru-guru amat sporting dan keadaaan amat menyeronok.

Diharap semua pelajaran tidak setakat di Bengkel ini sahaja. Semoga sahabat-sahabat seperjuangan dan guru-guru tetap sudi membantu tak mengira masa dan tempat.

Syukur


Antara gambar-gambar ketika kursus:-

No comments:

Post a Comment