
29.2.2009, Kapit - Kejohanan Piala KPD ini dilangsungkan di Stadium KPSU Kapit.
Untuk pasukan SOKANJAYA, apa yang diharapkan semuanya tidak menjadi.
Tewas pada pelawanan pertama melawan Kapit Eagles. Tak yah cakap berapa gol. Punca masalah, ramai pemain utama tak ada bersama. Ketika ini Gomes (goal keeper) tidak bersama pada separuh masa pertama kerana dalam perjalanan balik dari Kuching. Tempat penjaga gol digantikan dengan Sam. Sam beraksi dengan kurang cemerlang, mungkin sikapnya yang terlalu bermurah hati terhadap pihak lawan. Steward Biru (pemain tengah), Stephan Juloi (Pertahanan) juga tidak dapat bersama.
1 gol SOKANJAYA dijaringkan oleh Valentine menerusi sepakan panalti.
Memandangkan agihan posisi yang tidak tepat dan pemain yang kurang pada perlawan pertama, jurulatih , Alias telah membuat rombakan besar-besaran. Ianya hampir berhasil dimana ketika menentang PDRM Kapit, SOKANJAYA berjaya mengikat kedudukan 2-2 hingga hampir tamat perlawanan. Namun panalti pada minit-minit akhir perlawanan memusnahkan segala-galanya. 2 gol SOKANJAYA dijaringkan oleh Casto dan Valentine.
Perlawanan ketiga menyaksikan SOKANJAYA kecewa lagi. Pertahanan yang lemah dan bahagian serangan yang tumpul menutup peluang untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya. SOKANJAYA tewas kepada MEDICAL. Pasal jaringan aku malas nak bagi tau. Simpan je lam hati buat kenangan.
Perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang BOMBA Kapit menjadi pengubat hati yang parah buat SOKANJAYA. Bermain tanpa tekanan, pemain utama ramai direhatkan, serangan sebelum ini digantikan dengan mengandingkan pemain muda iaitu Paul dan pemain berpengalaman Richardo, membuahkan hasil apabila kedua-duanya menjaringkan gol. 3 gol oleh Paul dan 1 gol oleh Richardo Zulkha.
SOKANJAYA..jangan berputus asa. Pasukan kita masih terlalu muda dan masih terlalu baru untuk menyinar. Ramai pemain baru seperti Ploni, Casto, Stephan Juloi, Enduran, Rengga dan Suhaimi adalah masih terlalu baru dalam pasukan ini. Rata-rata mereka melapor diri di JKR Kapit pada awal tahun ini. Mungkin suatu hari berkat usaha dan kerjasama yang akan dibina mampu mebuatkan pasukan SOKANJAYA kembali seperti zaman kegemilangan mereka di era 80an dulu.
(Sebagaian gambar-gambar ini adalah milik Encik Chairil dan beliau memberi keizinan kepada saya untuk digunakan dalam Blog ini)

HAtrik Hero untuk pasukan SOKANJAYA... tidak diturunkan dalam kesebelasan utama dalam 3 perlawanan. Namun berjaya
menjaringkan Hatrik setelah diberi kepercayaan Coach. Namun semua
sudah terlambat, kerana kehebatan beliau hanya diserlahkan pada perlawanan
terakhir dimana SOKANJAYA tidak lagi berpeluang untuk ke jalan seterusnya.
Pemain berpengalaman yang banyak memanaskan bangku simpanan.
Pemain utama pasukan SOKANJAYA FC.Merupakan kapten yang tegas dan manja.
Kononnya beliau mendapat didikan Awang MAhyan selama 14tahun. Sejauh mana kebenarannya, tuhan saja yang tahu.
Lagenda SOKANJAYA era 80an. Kembali dengan aksi mantap beliau. Buletin Khas
Mungkin berita yang kami terima adalah gosip semata-mata. Mungkin juga ada kebenarannya. Saya mendapat berita ini daripada Encik Suhaimi ( bukan nama sebenar) selepas perlawanan, bersama beberapa keping foto. Beliau memaklumkan Encik Sam(bukan nama sebenar) telah menjual perlawanan.
Berikut adalah foto-foto yang beliau ambil. Sejauh kebenarannya.... jangan fikir jauh-jauh sangat.
Berjabat tangan dengan pasukan lawan dikala ahli pasukan lain belum tiba dihiasi senyuman yang penuh bermakna. Semua ini memperkukuhkan semua dakwaan.
Sam bermesra dengan ref menambahkan lagi kemusykilan pasukan. Patutkah seorang pemain biasa akan bersikap begini. Kemesraan bermakna ada udang disebalik batu.Ok. Sekian saja. Jangan marah Encik Sam. Nanti kene jual.... Nak marah...marah Encik Suhaimi.
Aksi sebelum perlawanan. PAsukan SOKANJAYA
Kelihatan Encik Sam bersama pasukan lawan dan pengadil. Adakah ini punca kemerosotan pasukan SOKANJAYA? adakah Encik Sam menjual perlawanan?... kita tunggu bukti seterusnya.
No comments:
Post a Comment