Tuesday, October 13, 2009

VERMILLION... boleh tahan !

Pertama kali mendengar berita tentang undian dalam kumpulan oleh Encik Norlisam, pasukan Vermillion boleh fikir cara yang terbaik untuk kalah. Maklumlah 3 buah pasukan dalam kumpulan yang sama adalah bekas Juara. Pasukan cikgu-cikgu, pasukan dari daerah Song dan Pemuda PBB... nama team aku tak ingat daaa... Cuma pasukan Pemuda PBB aku ingat, maklumlah, ada nama team kat baju. Elok jugak buat begitu supaya mudah orang ingat nama pasukan. Tapi kalau pasukan hebat, bangga le orang nak ingat, kalau pasukan yang selalu kene belasah, baik tak payah ingat.

Pasukan Vermillion kebanyakannya dari SOKANJAYA JKR punyai sejarah tersendiri. Pastinya kalau ada yang pernah mengikuti perkembangan SOKANJAYA KAPIT, anda pasti sedia maklum bagaimana agaknya pasukan SOKANJAYA ini. He..he.. Tapi berlainan sedikit dengan Vermillion, kerana petandingan sebelum ini pun banyak tanda-tanda peningkatan. Dah 2 kali ke suku akhir. Cuma kali ini cabaran dalam kumpulan lebih hebat.

Vermillion ini bukanlah SOKANJAYA sebenarnya. Pasukan ini adalah pasukan luar SOKANJAYA hasil cetusan idea Encik Norlisam. Pemain yang diambil adalah pemain yang aktif bermain bersama petang-petang di Old Trafford, JKR. Maknanya, persefahaman lebih mudah dibina dan pasukan lebih mudah diurus. Pemain-pemain hebat dari SOKANJAYA.

Encik Gomez merupakan seorang penjaga gol hebat kerana sudah banyak melepaskan gol. Walaupun begitu beliua tetap yang terbaik. Norlisam pulak bermain dibahagian pertahanan, walaupun agak berusia, tapi masih mampu beraksi cemerlang. Lebih kurang macam Cannavaro le nak katakan. Semakin tua, semakin menjadi. Jangan perangai lanji tu menjadi-jadi sudah la.. maklumlah masa pertandingan ramai awek-awek cun.

Membantu Encik Norlisam, ialah Encik Suhaimi. Walaupun bersikap manja namun beliau yang tangkas, lincah dan bijak mengawal perlawanan terutama bahagian pertahanan. Penting mamat ni, tanpa nya, mungkin aku dah retire nak main bola. Namun pujukan beliau bisa melunturkan perasaan aku yang kental ini. Dan aku akhirnya kembali bermain bola sepak mahupun futsal.

Demi memperkuatkan barisan pertahanan yang sudah pun kental, kami mengimport pemain kebangsaan Madura yakni Encik Riduan atau pangilan manja beliau..Duan...miaw.. Bersifat besi kerana setakat 8 orang takkan dapat menumbangkannya dengan mudah.

Manakala dibahagian atas diterajui Joshua, Casto, Mark dan Zulkha. Disini kami ada 2 pattern serangan. Gandingan Mark dan Joshua, dengan gaya perlahan yang menarik, dengan skill berbunga-bunga. Manakala gandingan Casto dan Zulkha dengan permainan secara counter attack dengan pergerakan pantas dan aggresif.

Walaupun begitu pasukan SOKANJAYA tidaklah dilupakan sama sekali, kerana mewakili SOKANJAYA ibarat mewakili negara (seperti kejohanan rasmi seperti MAKSAK, Piala Ketua Polis), manakala mewakili Vermillion seperti mewakili kelab (seperti kejohanan anjuran komuniti kampung) .


Jauh pulak menyimpang cerita aku ini. Dalam pertandingan kali ini, Vermillion tidak mengecewakan para peminat seluruh dunia kerana berjaya sehingga ke peringkat suku akhir ke-2.

Barisan Pemain
1. Gomez
2. Suhaimi
3 Sam
4. Duan
5.Casto
6. Zulkha
7. Mark
8. Joshua

Perlawanan pertama tewas 0-2 menentang Pemuda PBB,
-perlawanan agak kucar-kacir sedikit, namun sekali sekala mengusai perlawanan. MAklumlah game pertama agak gementar menentang bekas juara. Pasukan Pemuda PBB banyak menjuarai kejohanan di peringkat bahagian Kapit. Aku cedera pada game ini. Oleh kerana demi pasukan aku tahan jugak sehingga game-game seterusnya.

perlawanan kedua, menang 1-0 menentang team cikgu,
-Pasukan cikgu-cikgu bermain dengan hantaran-hantaran kemas namun gol gagal dihasilkan kerana bahagian bawah yang mantap terutamanya Encik Gomez dan Encik Suhaimi. Strategi pada perlawanan pertama ditukar dimana bahagian serang pada masa pertama diberi kepada encik Joshua dan Encik Mark dengan tempo perlahan. Dan menukar rentak pantas dan agresif pada masa kedua dengan memasukkan Encik Casto dan Encik Zulkha. Perlawanan agak dramatik kerana gol dihasilkan pada hujung-hujung perlawanan Encik Richardo Zulkha.

perlawanan ke tiga menang 1-0 menentang team dari Daerah Song.
- Vermillion menguasai sepenuhnya perlawanan dari mula sehingga akhir. Gol awal oleh Encik
Joshua membolehkan Vermillion agak selesa sehingga tamat perlawanan. Strategi seperti
perlawanan kedua. Bermula perlahan kemudian bermain pantas pada masa kedua. NAmun
Separuh masa kedua pasukan Vermillion lebih bertahan.

perlawan suku akhir pertama, menang 2-1 menentang pasukan..aku tak ingat.
- Tanpa kehadiran pertahanan kental Encik Suhaimi tidak melemahkan semangat Vermillion.
Jaringan awal Encik Mark dan Encik Joshua memberi keyakinan bahawa Vermillion akan ke
separuh akhir. Namun jaringan pihak lawan mem'beliang'kan sikit harapan Vermillion apabila
kesilapan Encik Casto yang merembat kebelakang walaupun niat beliau untuk merembat
kedepan disempurnakan oleh penyerang lawan dengan mudah.

perlawan suku akhir kedua, tewas 0-3 kepada pasukan Waterpipe.
-Awan agak mendung. Kelihatan pergerakan Encik Norlisam agak lembab. Pemain lain juga begitu. Aku sudah dapat meramal sesuatu dalam perlawanan ini. Pemain semua agak keletihan, bermalas-malasan, peringkat ini kaki aku pulak makin sakit aku main sekejap masuk..dah nak habis sebotol spray penahan sakit aku gunakan. Ketika perlawanan, aku kejap keluar kejap masuk macam iklan biskut chipmore yang ditayangkan suatu ketika dulu, ditambah pertahanan tanpa Encik Suhaimi. Vermillion tewas mudah oleh pasukan yang dibarisi bintang muda ini. Walaupun begitu, aku mengambil langkah bijak dengan membawa kamera dan membawa pasukan aku bergambar dengan Piala ini sebelum dirampas orang lain. Syukur.






No comments:

Post a Comment