
Examm!!!... mendengar perkataan ini sudah cukup mengerunkan Encik Yussof Thon, iaitu salah seorang peserta kursus pertolongan cemas. Maklumlah, dah berpuluh tahun meninggalkan sekolah. Ditambah beliau pernah gagal dalam ujian darjah 3 sekaligus meninggalkan trauma dalam diri beliau. Namun begitu semenjak gagal kali pertama, beliau terus melompat lebih jauh sehingga menjadi salah seorang yang agak berjaya.
Sebenarnya aku nak bercerita tentang exam pertolongan cemas, bukan sejarah hidup En Yussof Thon. Maaf kalau mengelirukan.
Exam dijalankan seminggu selepas kursus. Peperiksaaan ini termasuklah ujian bertulis dimana peserta diminta menjawab 50 soalan objektif yang agak menguji minda dan disusuli ujian lisan dan ujian prraktikal.
Tahap kesukarannya terpulang kepada peserta sendiri. Kalau yang focus dalam kelas dan ada mengulang kaji pastinya mudah dan begitulah sebaliknya.
Perbincangan sebelum ujian. Encik Chua kelihatan begitu serius. Mungkin markah A menjadi idaman beliau.

Walaupun kurang keyakinan sebelum Exam dan tengah menjawab soalan objektif, namun Encik Yussof Thon sudah mampu mengajar setelah Ujian terakhir iaitu ujian praktikal tamat.
Adik ni bersungguh-sungguh nak lulus periksa, berbeza dengan Encik Yussof Thon yang lebih berserah kepada takdir tanpa membaca buku.
Encik Yussof Thon merasakan dirinya sudah mampu mengajar. Syabas Encik Yussof Thon. Tapi keputusan ujian belum keluar lagi...
Kelihatan Glyn pening kepala. Sempat aku ambik gambar ni time exam.
Encik Yussof Thon dengan kehebatan beliau menjawab soalan,
Cikgu mengajar membersih muka mengunakan pencuci muka. Aku agak je...
Adik yang sebelah kiri menunjukkan lambang keamanan sebagai tanda keyakinan beliau menghadapi ujian. Teknik senyuman beliau mengenangkan aku kepada seseorang... hu..hu..
No comments:
Post a Comment