Monday, March 8, 2010

GIG Kapit ver 1.0


Sudah lama rasanya menyimpan hasrat nak buat persembahan ala-ala kumpulan Wings di Kapit ni tapi tak pernah berkesempatan. Asal berjumpa di Famous Bakeri pastinya muzik jadi perbualan. Sehinggakan sekali aku pandang Gerrard, dah macam Joe Wings Cuma janggut beliau belum lagi tumbuh panjang. Mungkin adalah sikit-sikit tapi beliau cukur bagi lebat, tapi tak lebat-lebat. Bila tengok Roger pulak, aku bayangkan aku minum pagi bersama Eddy Wings, dan aku harap minum pagi-pagi selalu boleh bagi dia gemuk sikit dan berperut boroi. Ada sama sikit macam Eddy. Cuma mattiew je susah aku nak mejin macam Black. Mungkin dia tak black kot.

Rasa gian nak jadi rockstar ni makin menjadi-jadi bila geng2 seperjuangan turut bersemangat. Tambah-tambah aliran muzik hampir sama. Aku minat rock terutama kumpulan Wings, Search & May. Walaupun bukan popular di zaman remaja aku, namun di usia kanak-kanak aku dah mendengar lagu-lagu mereka. Semuanya kerana bapa aku pun dulu rock jugak. Jadi anak pun rock.

Cerita impian kami ni nak buat show ala-ala kumpulan Wings ni sampai ke pengetahuan Bos aku. Aku harap bos aku kasi aku simpan rambut panjang... he..he.. Gurau je bos...

Tanggal 6 Mac 2010, akhirnya kami sempat persembahan ala-ala kumpulan Wings, tapi tak menjadi sangat. Maklum lee... ni bukan zaman rock kapak lagi. Tapi kami cukup berpuas hati. Walau ada la, tak puas hati sikit dengan prestasi sendiri pada hari tu. 4 buah lagu yang kami dendangkan, Diambang Wati, Bujang Senang, Belenggu Irama dari kumpulan Wings dan satu lagu May...Pelayaran. Kira lagu Pelayaran tu nak cover line, tak nampak sangat lagu Wings je..

Terima kasih buat Encik Doni Edward kerana mendengar rasa hati aku ni. Buat julung kali nya GIG di buat di Kapit. Diharap beliau tak berputus asa dan meneruskan usaha beliau untuk menjayakan industri muzik rock diKapit. Wa caya lu Encik Doni! Kasi goreng sikit...yergghhh!!!!! Woooowww... !!!Yearghh.....



Selain kami yang mengelarkan diri sebagai BULLDOZER (ada makna nama ni, bukan saja-saja bagi), ada 3 lagi kumpulan turut serta iaitu.... tengok sendiri gambar kat bawah.... ada tulis kat bawah gambar tu...







Penyertaan tidak banyak kerana ini baru langkah percubaan bak kata Encik Doni. Jika pengurusan program ini nya ok, dan permintaan banyak. Mungkin gig ini akan diadakan besar-besaran. Sebenarnya banyak lagi kumpuan yang tak turut serta . Mungkin selepas ini makin banyak penyertaan yang datang.

Untuk tatapan anda semua... terimalah gambar-gambar exclusif dari ZULKHA Photography. Hari ni, Zulkha tak ambik gambar. Kerana sibuk sikit... dan tugas ini diambil oleh tak lain dan tak bukan iaitu Encik Suhaimi kita yang hebat. Terima kasih Encik Suhaimi!












Kuat suara dia ni walaupun badan kecik.

Penyanyi jemputan dan boleh dianggap Jamal Abdillah Kapit

Idea Encik Doni untuk mewujudkan program seperti ini dipuji oleh Timbalan Residen (sosial) iaitu Encik Ikmal. Selain melihat dari segi peluang perniagaan, aktiviti seumpama ini mampu menonjolkan bakat-bakat terpendam terutama golongan muda. Golongan seperti kami mungkin boleh menjadi ikutan remaja-remaja. Remaja-remaja tidak le melepak tak tentu pasal. Sekurang-kurang ada aktiviti sihat yang nak dibuat. Encik Doni juga meyatakan, apa yang beliau anjurkan ini bukanlah semata-mata untuk perniagaan, kalau nak untung..bukan banyak mana pun...tetapi kerana minat beliau yang amat mendalam dalam bidang muzik ini. Cara dia goreng gitar pun dah tau dah...

GIG seterusnya...diharap otai-otai rock yang lain turut serta...OKkk!!!!!


No comments:

Post a Comment