Sunday, September 5, 2010

Selamat Maju Jaya Bos!








Artikel kali ini agak berlainan sikit feel nya kerana tika ini aku berada di library sementara menunggu hari hujan teduh.

Sesuatu yang datang tetap akan pergi. Begitulah hendaknya dengan lumrah alam ini, tiada yang kekal melainkan yang Maha Esa.

Rangkap ayat diatas bunyinya agak berat dan membebankan akal fikiran. Agak menyedihkan seolah-olah sesuatu itu takkan kembali kedunia nyata ini. Tapi jangan lah bimbang, coretan aku kali ini hanyalah menceritakan berkenaan bekas Jurutera Bahagian kami, Encik Sudin Bin Jaya yang sudah berpindah tempat bertugas di ibu pejabat. Beliau sihat dan masih dapat berkaraoke apabila diminta semasa majlis perpisahan tempoh hari.

Bagi sesetengah kakitang JKR Bahagian Kapit yang menyayangi beliau, ini adalah sukar untuk ditelan. Termasuklah aku. Semiggu rasanya mood untuk bekerja kurang dan aku banyak memdiamkan diri. Begitu juga dengan kakitangan yang lain, ada yang menangis dalam diam begitu juga menangis dalam nyata. Seperti judul sebuah lagu lama, " Dalam Diam Aku menyintai Mu", yang pernah dipopularkan kumpulan Sting. Tapi lagu ini tidaklah berkaitan secara langsung dengan DE, dan harap orang rumah beliau tidak merasa sangsi atas kesetiaan DE. Cuma aku nak menggambarkan bagaimana perasaan staff-staff yang ditinggalkan. Itu saja.Jangan marah kak. He..he..he.....

Ada pulak dalam artikel perkataan "he..he..he..". Belum lagi lagi aku baca artikal dalam majalah atau berita yang menulis sedemikian rupa melainkan dalam Facebook atau YM. Seperti lagu tadi, aku cuma nak menunjukkan aku ni cuma bergurau. Sebab itu lah aku meletakkan "he..he..he"... Seolah-olah aku tengah tersengih-sengih. Kalau aku letak '' ha..ha..ha.." ,seolah aku ketawa besar dan boleh membangkitkan kemarahan orang.

Berbalik kepada berkenaan bekas DE kami, bagi aku beliau seorang bos yang baik, teliti, maknanya setiap kerja-kerja beliau ingat kerana beliau sering mencatat semua perkara dalam buku. Itulah sebabnya kadang-kadang kerja-kerja aku pun beliau ingat walaupun tugasan kecil. aku pun ada buku, tapi tak tau kenapa aku pernah cuba mencatatnya tapi bila aku buka balik, nota yang aku tulis terlalu sukar dikenal pasti. Nanti ada masa aku akan attach nota yang aku tulis. Aku harap anda semua boleh tafsirkan.

Beliau juga seorang yang berhati-hati dalam membuat keputusan dan tidak terburu-buru. semuanya untuk kepentingan dikemudian hari. Juga seorang yang lurus tidak bengkang benkok. Pendekatan kepada agama juga tinggi, juga tidak mudah di pengaruhi oleh kakitangan-kakitangannya yang lain. Beliau dapat mengawal keadaan dengan adil.

Sifat sabarnya membuat aku kagum, kalau aku jadi bos, dah lama staff aku kene marah. Tapi beliau tidak begitu. Beliau tidak sukamenggambarkan kemarahan beliau. Susah untuk aku tafsirkan caranya. Kadang-kadang rasa segan kalau lambat membuat apa yang beliau arahkan. Dari sinilah lahirnya keikhlasan untuk orang seperti aku membuat bekerja. Sebab jenis aku, aku memang suka bekerja dan tidak suka diberi tekanan. Tak tau stail kawan-kawan yang lain.

Bos seperti beliau sangat tinggi nilainya pada aku. Sedih bercampur gembira. Sedih kerana kehilang seorang bos yang baik dan gembira bila melihat beliau gembira kerana akan dekat dengan keluarganya. Beliau seperti seorang abang kepada kami semua, membentuk kami dengan cara yang lembut tanpa kekerasan kerana bak kata ilmua, melentur sesuatu itu dengan keras sudah pasti akan patah. Ayah aku juga pernah berpesan, untuk memenangi sesuatu kene lah berlembut. Sama juga nak mengorat seorang awek, kalau cara paksa pastinya kene pelempang. Kalau cara lembut, yang keras tetap lembut jugak, ibarat sekeras-keras nasik, di rendam dengan air, lembut juga akhirnya.

Kakak library dan signal library nak tutup. jadi aku terpaksa berhenti setakat ini sahaja.

Akhir kata. Sebagai wakil kakitangan JKR Kapit, kami mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau. Dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu. Bak kata lagu lama, "Kenang Daku Dalam Doamu". Sekian.


1 comment: