Wednesday, July 31, 2013

Dari Jauh Ku Pohon Maaf 2013- Sudirman- (Cover By Zulkha)

Sebuah lagu yang paling nostalgik bagi aku secara peribadi. sentiasa berjauhan dari keluarga. Teringat ketika di UiTM dulu. 3 tahun aku tak balik raya. Masa tu kewangan tak berapa kukuh. Bukan ada tambang murah ketika tu. Masih ingat lagi kos pergi balik je dah RM 600++. Demi tak mahu membebankan mak dan bapak aku sanggup korbankan hari raya aku selama 3 tahun berturut. Erm...pastinya anda pulak bagaimana?... mesti ada lagu Raya yang paling memberi nostalgia kepada anda. Betul tak?

 Allahyarham Sudirman adalah seorang penyanyi yang hebat. Tak mampu aku nak menandinginya. Salam. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

Dari Jauh Ku Pohon Maaf

Dalam dingin subuh hatiku terusik 
Kenang nasib diri di rantauan 
Bergema takbir raya menitis air mata 
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali 
Pada ayah bonda dan saudara 
Tetapi aku harus mencari rezeki 
Membela nasib kita bersama

Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas 
Dari jauh kupohonkan ampun maaf  
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama 
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu 
Hingga aku pulang kepadamu

Restu ayah bonda kuharap selalu 
Demi anakmu yang kini jauh

No comments:

Post a Comment