Tahun ini bagaikan tahun kejatuhan aku....apa2 usaha lam muzik mcm tak menjadi sangat. Tvi tak menjadi, ntah apa khabar berita... Band pun tak menjadi....aktiviti tahun ini kurang agaknya. Mungkin kesan Pilihan Raya awal tahun ini yang drag sampai bulan 5 . BOTB satu pun tak dapat join. Gig sekali je sempat. harap tahun depan nasib lebih baik dalam bidang muzik ini. Tapi syukur aku masih bertahan. menunggu masa yang sesuai untuk bertindak dan sedaya upaya mengelak untuk BERPUTUS ASA.
Tahun ni tahun penilaian. Aku nak tengok sejauh mana perkembangan muzik yg aku cuba bawa. Jika masih mcm ini je. Mungkin aku perlu berkenalan denga SATU PERKATAAN yang cuba aku elakkan, iaitu HIJRAH !
Ada kawan2 yang bertanya. Ubiseven masih wujud ke? Erm... masih wujud... iaitu aku. Hee.he.. mungkin nama aku akan tukar. Aku masih MENCARI PEMUZIK yang benar2 utuh perjuangan muziknya. Komitment yang tinggi dalam band. Jika sekerat hati je, memang aku takkan form band yang baru.
Aku amat dahagakan peluang dalam muzik ini. Tapi tahun ini nasib kurang menyebelahi aku. Apa yang aku buat, hanyalah bertahan dengan mencipta beberapa buah lagu yang baik selagi termampu. Itu saja cara untuk aku isikan ruang-ruang kosong tersebut. Selain mencipta lagu, cara untuk aku bertahan, adalah dengan join band The Infector. Best band ni....masih dapat aku nyanyi lagu2 heavy yang org tv tak suka.
Ish..apa aku tulis ni?,..haha... curahan rasa... haha..haha... aku masih terperangkap!
No comments:
Post a Comment