Micro Hydro adalah project terbaru JKR dimana kuasa air digunakan untuk membekal bekalan elektrik. Satu empangan kecil dibina di bahagian atas aliran anak sungai bertujuan untuk mendapat aliran yang deras. Aliran air ini akan dibawa menerusi paip sampai bahagian yang paling rendah. Aliran yang deras ini sudah tentu mampu memutarkan turbain. Turbain ini dibina dibahagian bawah dan ditempatkan dalam sebuah Turbain House dan dari sinilah aliran elektrik akan disambung ke generator set dan seterusnya di salirkan ke rumah-rumah panjang berdekatan.
Konsepnye seperti dinamo... atau kincir air. Faedah mengunakan kaedah ini, minyak tak payah kita beli lagi. Cuma masalahnya bila kemarau, mungkin agak payah sedikit. Tapi tak pe, kalau kemarau, mereka masih boleh mengunakan minyak. Sekurang-kurangnya jimat duit nak beli minyak.
Itu yang aku faham tentang projek ini walaupun pada mulanya agak terpinga-pinga. Semua orang aku tanya. Setelah aku termenung berseorang, barulah aku dapat tangkap apa yang dimaksudkan. Senang je konsep benda tu. Cuma istilah tu agak asing bagi aku yang biasanya design bangunan atau senibina.
Project ini adalah project bersama JKR Sarawak dan JKR Kapit. 11 orang berada didalam team ini kalau mengikut mesyuarat yang lepas. Dari JKR KapitAku (Arkitek) , Encik Glyn (Elektrikal) , Encik Wong (Mekanikal) ,Cik Juliana (Kontrak), Encik Chan (Bangunan) , Encik Jimbau (Bekalan Air) , Encik James (Road ). Manakala JKR Sarawak Encik Thomas (Engineer), Encik Jong (Engineer) , Encik Martin (Engineer) dan Encik Stanley (WS).
Masing-masing sudah diberi tugas dan mempunyai peranan sendiri. Aku seperti biasa akan mereka bentuk layout , empangan kecil, rumah turbain dan apa-apa saja yang berkaitan.
2 buah rumah telah dipilih sebagai eksperimen untuk Projek sebelum ke Rumah-rumah yang lain iaitu rumah Layang dan rumah Ribut. Semua ahli pasukan pergi kecuali Cik Juliana ,dan Encik Jong hanya akan pergi ke rumah Ribut pada hari kemudiannya.
BAB 2 : TRIP PERTAMA KE RUMAH LAYANG
Selasa, 12.05.09- Semua ahli pasukan pergi kecuali Cik Juliana (Encik Jong hanya akan pergi ke rumah Ribut pada hari kemudiannya). Rombongan diketuai Encik Thomas Cuaca agak baik dan diharap berjalan lancar. Namun demikian kira-kira 10 minit perjalanan ke rumah Layang. Enjin bot kami rosak dan terpaksa berpatah balik ke Kapit.
Kami mengunakan jalan alternatif yang lain iaitu mengunakan jalan darat sehingga ke Ng Mujung. Kemudian dari mujung mengunakan bot sewa ke Rumah Layang.
Kerja-kerja kami berjalan lancar.
Encik Edut cuba membaiki enjin, tapi gagal. Aku dah bayangkan bot kami akan dihanyutkan sampai ke Sibu.
Encik Edut cuba membaiki lagi dengan kaedah lain, tapi tetap gagal sehingga seluar beliau terlondeh.
Encik Zul dan Chan sempat berposing walaupun kepanasan. Posing sudah baik, namun beg hitam
kat depan mencacatkan keadaan
Pasukan kami bersama orang kampung. Alangkah seronok dapat berendam. Mungkin itu yang diperkatakan Encik James yang berbaju biru.
Ketika di Nanga Mujung.
Sekitar Sungai Batang Balleh
Dari pada naik Speed Bot, akhirnya terpaksa redha naik bot panjang
Encik Wong termenung mengenangkan nasib.
Di dalam rumah
Ketika nak merentasi tapak , ketika ini kasut
Encik Chan bersama tongkat beliau merentasi hutan
Encik Zul berposing di atas batu air terjun. Syukur beliau tak jatuh.
Dah selesai kerja, balik leee.
setiap pengalaman adalah salah satu perjalanan kehidupan...nilai suatu pengalaman tidak dapat di jual beli..namun pengalaman hanya mampu menjadi panduan untuk meneruskan liku kehidupan...namun ianya perlu dikongsi untuk mencapai tahap kehidupan tertinggi...
ReplyDeletegambar yg u hasil penuh dengan makna..syukur sekurang-kurangnya ada setiap gambar diambil bukan untuk diambil tanpa maksud...seni harus dikaitkan kerana seni itu LUAS...tanpa seni tiadalah lautan di bumi ini...tanpa ikan sunyilah lautan...
ReplyDelete