Sebaik sahaja tamat Majlis Tilawah Al-Quran di Sarikei, Encik Yussof serta merta merancang perjalanan seterusnya. Bagaikan menerima seruan haji, Encik Yussof terus menyebut perkataan Selalang.Trip tidak rasmi ini dibuat sebaik sahaja kami berdua menghantar Jurutera Bahagian kami ke bus station untuk ke Bintulu dan seterusnya ke Bakun. Kami bergegas ke Hotel untuk tido. Tido penting untuk tenaga yang akan kami gunakan untuk ke Selalang pada sebelah petang.
Kira-kira jam 2.30 petang, walaupun agak terlajak dari program asal kami iaitu dalam pukul 11 pagi, kami mula bertolak ke Selalang. Terlajak mungkin terlalu seronok tido dalam aircond menyebabkan kami tido berlebihan. Ingatkan cukup tenaga, kami bertambah mengantuk kerana terlebih tido.
Ketika berada di Selalang, terkenang pulak aku kepada Encik Suhaimi. Kalaulah beliau ada. Pastinya lebih meriah. Encik Suhaimi bolehlah diibaratkan seperti bintang yang memagari bulan. Bulannya pula adalah Encik Yussof. Dan aku pula sekadar dipinggiran. Macam lirik lagulah pulak.
Mungkin anda tidak faham maksud aku. Jangan di fikir sangat.
Selalang adalah sebuah pekan kecil. Aku tak sempat masuk di kawasan perkampungannya. Sekadar dikawasan pekan sahaja. Ada sungai yang indah. Airnya agak jernih berbanding air sungai Kapit.
Selang bukanlah kawasan yang hebat seperti bandar Miri, Sibu atau Kuching tapi aku bersyukur kerana aku sampai juga kawasan seperti ini yang tak terlintas oleh fikiran aku sebelum ini. Setiap kawasan ada keistimewaan sendiri. kalau tak ke sini kita takkan tau keistimewaannya.
'Jangan sik ampit' , bak kata Encik Yussof Thon.
Sempat solat Asar di sini. Syukur dapat solat jemaah.
Encik Yussof menulis surat kepada seseorang. Masih mengunakan cara tradisi walaupun zaman ini dah ada talipon.
Encik Yussof Thon dengan gaya yang istimewa. Menyekak pinggang tanda kepuasan beliau setelah sampai di Selalang.
Seloar beliau mahal harganya.
Adegan tawar menawar, akhirnya Encik Yussof gagal meminta harga rendah.
Dalam perjalanan balik ke Sibu dan seterusnya ke Kapit. Awan kuning tandanya aku dan Encik Yussof
kene sembayang maghrib dulu sebelum meneruskan perjalanan.
Langit, bumi dan air
Sekitar tebing sungai. Air yang tenang, mungkin berbuaya.
Bot...mungkin bot nelayan
ada prubahan pada gambar..bgs2..
ReplyDelete