Acara: Pesta Persatuan Sukan & Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Peringkat Negeri Sarawak ke-29
Tarikh: 29/7/2009 - 2/8/2009
Tempat: Kapit
Pengelola: Pejabat Pelajaran Daerah Kapit
Di era 80an, SOKANJAYA dan PSKPP adalah seteru utama. Kalau tidak SOKANJAYA juara, PSKPP akan jadi juara. Kira dua buah pasukan inilah yang paling power di Kapit pada era tersebut. Walaubagaimana pun, di era serba canggih ini, PSKPP masih mengungguli sukan Bola Sepak di Kapit, manakala SOKANJAYA pulak semakin tenggelam. Diharap tahun 2010 akan datang SOKANJAYA akan kembali bersinar. Amin...
Sebenarnya kali ini aku bukanlah nak bercerita pasal SOKANJAYA, tetapi berkenaan acara Bola Sepak Veteran PSKPP. Mungkin pelik kali ini kerana aku mengulas tentang pasukan lain, bangga pulak tu bila PSKPP Veteran Kuching menjadi juara. Hee..he.. harap geng-geng lain jangan salah faham. SOKANJAYA tetap dihati.
Sepanjang pertandingan bola sepak veteran PSKPP, pasukan PSKPP Kuching terlalu jauh kehadapan berbanding pasukan veteran lain. Bayangkan mereka hanya melepaskan 1 gol sahaja dan menjaringkan 14 gol sepanjang 6 perlawanan. Mereka mantap di semua posisi baik serangan, tengah atau pertahanan. Bagi aku pemain-pemain tengah mereka bermain cemerlang sehingga pergerakan lawan terkunci. Apabila bahagian tengah kuat, pertahanan tak le terbeban sangat dan penjaga gol bolehlah berehat. Namun begitu, sekali sekala aku teringin jugak cikgu Mohd Ann(goal keeper) di uji, tapi pihak lawan jarang dapat membuat percubaan. He..he..saja nak tengok ketangkasan beliau. Tapi mungkin ketangkasan beliau tidaklah seperti dulu agaknya, memandangkan beliau agak berusia berbanding rakan seperjuangan lain malah agak lama meninggalkan bola sepak kira-kira 2 tahun.
Jika ditanya pemain paling baik, aku terpikat dengan kelincahan Abang Joni (N013), kalau tak silap aku, begitulah nama nya. Beliau pantas berlari, berstamina tinggi, lincah dan mempunyai mutu hantaran bola dan kawalan yang baik.
Tapi kalau ditanya pemain yang paling popular, sudah pasti gaya cikgu/abang no 16 menjadi perhatian . Lupa pulak aku namanya. Bercermin mata ala Edgar Davids dan bersnow cap. Digelar Ronaldinho oleh member-member aku. hi..hi..




Pemain paling popular bagi aku.Diposisi penjaga gol, secara pribadinya aku memilih Cikgu Mohd Ann sebagai yang terbaik, sebab beliau belum bolos sekalipun dalam sepanjang perlawanan. Hee..he...mungkin ada yang mempertikaikan pilihan aku tetapi aku ada alasan-alasan yang tersendiri untuk memilih beliau. Hee..he..he..
Dibawah ini aku sertakan sedikit keputusan dan gambar-gambar aksi sepanjang perlawanan. (Sila klik untuk membesarkan gambar).
1. vs PSKPP Betong , 3-0
2. vs PSKPP Mukah , 2-0
3. vs PSKPP Ibu Pejabat , 2-0
4. vs PSKPP Kapit , 3-0
5 vs PSKPP Sibu, 2-0
6 vs PSKPP Kota Semarahan, 2-1 (Final)

Dibawah ini aku sertakan sedikit keputusan dan gambar-gambar aksi sepanjang perlawanan. (Sila klik untuk membesarkan gambar).
1. vs PSKPP Betong , 3-0
2. vs PSKPP Mukah , 2-0
3. vs PSKPP Ibu Pejabat , 2-0
4. vs PSKPP Kapit , 3-0
5 vs PSKPP Sibu, 2-0
6 vs PSKPP Kota Semarahan, 2-1 (Final)























Aksi Final dan penyampaian hadiah.













Kepada cikgu Aslan (jurulatih) , tahniah diucapkan kerana berjaya membimbing pasukan sehingga menumpaskan juara bertahan Kota Semarahan sekaligus merangkul juara. Tahniah juga buat pemain-pemain yang bertungkus lumus dan tidak lupa juga Pengurus dan penolong Pengurus pasukan.
Akhir kata, jika ada kesilapan dalam artikel kali ini harap maaf dan mungkin boleh perbetulkan, terutama fakta dan nama pemain. Aku kuatir juga kalau cikgu-cikgu tengok tatabahasa dalam penulisan aku ni pelik-pelik. Begitu juga sepanjang menjadi photographer tidak rasmi pasukan PSKPP Kuching, jika saya ada berbuat salah, mohon maaf banyak-banyak. Ok........ Selamat Maju Jaya.
Abang Joni (13)
Abang Nasdin (N0 9)
Cikgu Mohd Ann, Penjaga gol lagenda
No comments:
Post a Comment