Saturday, August 15, 2009

SAFARI RAKIT 2009 - Baleh-Kapit


Mungkin agak lewat aku post artikel ini. Maklum le.. sibuk sikit....he..he..

Tahun ini aku merancang untuk megikuti perkembangan pasukan Rakit Sokanjaya di rumah panjang bersama Encik Suhaimi dan terus bermalam disana. Nasib aku kurang baik Pasukan Sokanjaya sudah berangkat lebih awal ke tempat permulaan pertandingan.

Sepantas kilat aku mengunakan plan B, dan membawa sekali lagi Team Counter Strike kami untuk shoot sama. Kali ini Ah Chuan dan Sebandi tidak dapat bersama, mungkin kerana keuzuran. Uzur syar'ie kot. Yang pastinya Ah Chuan tengah sibuk jual air time ni. Seperti biasa Cikgu Taki dan Yadi tetap bersemangat untuk bersama. Tempat Cikgu Sebandi digantikan dengan Cikgu Burhan manakala Encik Anuar, selaku ketua menggantikan Ah Chuan@Optimus Prime.

Destinasi pertama kami adalah di Ng Mujung. Itulah arahan ketua kami, yakni Encik Anuar. Bukannya Anwar Ibrahim. Kalau Anwar Ibrahim mungkin agak kontroversi sedikit.

Awal pagi Ahad, cikgu Taki, Cikgu Burhan dan Yadi berkumpul dirumah aku dan terus ke Ng Mujung manakala ketua kami Encik Anuar menunggu disana. Kami konvoi dengan motosikal kecuali cikgu Burhan yang berkereta. Sesampai disana, ketua kami Encik Anuar masih belum tiba dan kami meneruskan agenda kami untuk mengambil gambar orang berakit.

Setibanya Encik Anuar, beliau terus merancang untuk menyewa bot untuk mengambil gambar jarak dekat, namun sewanya agak mahal. Aku dan yang lain menolak untuk ikut serta dan membiarkan ketua kami bergerak sendirian dengan bot. Aku kuatir ketua kami berkecik hati. Dan kami terus berdoa semoga beliau selamat pergi dan kembali.

Kami ini bolehlah dikatakan ingkar arahan ketua. Sepatutnya kami menunggu beliau balik tetapi kami terus pergi ke Waterfront Kapit untuk menanti rakit tiba di garisan penamat.

Cikgu Burhan tidak dapat terus menyertai kami kerana mendapat pangilan di 'ibu pejabat' beliau.

Cikgu Burhan, Yadi dan Cikgu Taki kusyuk mengambil gambar.
Namun demikian Cikgu Taki kelihatan tersenyum,
mungkin terjumpa awek idaman di seberang sungai.



Sampainya kami disana tanpa Encik Anuar, kami berjumpa dengan Encik Suhaimi, Roger dan Encik Gomez. Encik Suhaimi merupakan seorang fotographer solo, jarang-jarang dapat bersama beliau untuk shoot bersama. Beliau seorang yang hebat, hanya bersama kamera compact berjenama KODAK , bolehlah diibaratkan beliau hanya menggunakan pistol tapi mampu menewaskan kami yang bersenjatakan mesingun, bazooka maupun meriam buluh. Kami meneruskan agenda sehingga pertandingan itu berakhir kira-kira jam 2 petang.


Roger, Gomez dan Encik Suhaimi.


Mungkin ada yang kecewa kerana tidak dapat melihat gambar-gambar aksi sepanjang pertanding. Lebih banyak gambar potret pulak yang diambil. Sebenarnya lens aku yang tak mapu untuk cover gambar closed-up. Paling panjang lens aku hanya 40-150mm.... mungkin lens 70-300mm lebih sesuai untuk mengambil gambar aktiviti seperti ini. Harap maaf. Tahun depan aku beli lens baru. Doa-doakan aku kaya cepat. Wassalam..

4 comments:

  1. nice citer ni....arap dpt kuar rmai2 lgi outing yg lebih cbaran..thanx utk web ni :)

    ReplyDelete
  2. ko ni asyik buat citer je la. tapi ok juak. aku pun terpaksa membaca kesudahannya hahaha.

    anwar pula dapat durian runtuh masa akt ni $$$$$. tapi tak pernah 'chia' la pulak. hampeh betul kawan ni. takpe nak kena sembelih juga dia ni nanti

    ReplyDelete
  3. kelak kita rami2 mintak cia bro...

    ReplyDelete