
Hujung minggu ni aku tak dapat satu pun panggilan team Counter Strike. Kot-kot nak ambik gambar hujung minggu. Mungkin mereka tengah berehat dan aku pun malas nak ganggu mereka. Mungkin lepas berpanas ketika ambik gambar rakit menyebabkan mereka perlukan rehat panjang. Mungkin juga mereka kuatir wabak H1N1. Tapi tak apa, kalau risau wabak tu, kita boleh tutup mulut ngan mask. Asalkan jangan tutup mata dengan mask, sudahlah....
Aku seperti biasa akan cuba memenuhkan aktiviti hujung minggu aku dengan perkara-perkara yang berfaedah kononnya. Awal-awal pagi lagi aku sudah keluar minum pagi bersama Ju dan Fel. Aku nak bawak mereka keluar dan tangkap gambar potret di Mujung. Lagipun Ju baru dapat kereta baru.
Pagi tu aku terpaksa tinggalkan Encik Suhaimi kerana beliau lewat bangun tido mungkin tido lewat di malam hari untuk menyiapkan puisi-puisi beliau. Kami bertiga lepak di Famous Bakery. Aku terpaksa berpaling tadah kali ini, kerana kebiasaannya aku akan ke Bun Tong Bakery. Maklumlah, aku berjumpa 2 orang model dari JKR. Risau pulak terserempak dengan Ah Chuan (juga peminat photography dan ketua team Counter Strike v1). Kot-kot Ah Chuan nak ikut sekali ambik gambar dan terus nak tutup kedai. Aku bukannya risau dia ambik gambar model aku, cuma aku risau tak de orang buat air kat kedainya nanti dan pastinya ramai yang tunjuk perasaan kerana tercekik makan roti. Tambahan pula kebiasaannya pelanggan tetap seperti Encik Yussuf Thon mesti pekene teh dulu di Bun Tong BAkery untung mendapat kesegaran tubuh badan sepanjang hari.
Setibanya aku di Famous BAkery, aku terasa aku diekori. Rupa-rupanya Encik Yussof Thon menyusuli langkah aku ni. Mungkin beliau telah menghidu niat aku nak tangkap gambar model petang ini bersama Cik Ju dan Cik Fel. Beliau tersenyum dan kami bertiga minum bersama.
Kelihatan Encik Yussof Thon, minum bersama Cik Juliana dan Cik Fel. Nampaknya beliau sanggup berpaling tadah dari Bun Tong Bakery ke Famous Bakery demi minum pagi bersama 2 orang model ini.Program petang untuk mengambil gambar mereka berdua menjadi. Petang tepat 4.30 kelihatan kereta Myvi baru berwarna hitam berlegar-legar dihadapan rumah aku dalam keadaan tidak menentu tetiba berhenti. Sah, itulah Cik Ju . Sebelahnya pulak kelihatan wajah dalam ketakutan ialah Cik Fel. Mungkin Cik Fel merasa bimbang memandangkan Cik Juliana lama tak bawa kereta. Aku cuba ajak Encik Suhaimi namun beliau kelihatan tidak gembira kerana mungkin kesan ditinggalkan pagi tadi masih ada. Tambahan pula mungkin beliau agak kecewa kerana aku mengambil gambar model lain selain beliau. Aku harap Encik Suhaimi faham kerana aku perlu juga mempelbagaikan model aku. Kepada Encik Suhaimi, janganlah susah hati kerana beliau tetap model yang paling tersohor dalam list aku. Dan akan ada shoot-shoot yang menarik untuk beliau.
Aku ingatkan kami pergi bertiga sahaja. Tetiba aku melihat Encik Yusuf Thon kelihatan bertopi putih dan berkasut jogging terus melangkah laju dihadapan Encik Suhaimi terus masuk ke kereta dan ikut sekali ke nangga Mujung. Maknanya Model aku bertambah jadi 3.
Cik Fel ...dengan warna hitam yang menawan.
Cik Ju...dengan warna merah yang mengoda
Encik Yussof Thon... dengan warna putih suci murni...
Kelihatan Encik Yussof Thon digambar oleh Cik Fel sambil diperhati Cik Ju dan di shoot pulak oleh aku.
Cik Fel kelihatan melihat sesuatu di atas pokok.
Cik Ju bersama kampung halaman beliau di belakang.
Cik Ju lagi.
Selamat MAju Jaya... Encik Yussof Thon dengan pose istimewa beliau. Beliau kelihatan begitu muda berseri.
Kami balik dari lokasi kira-kira 6.30 petang. Cara Cik Juliana memandu pun nampak lebih meyakinkan dan lebih cekap. mungkin kerana dah lewat. Aku cuma risaukan Encik Yussof Thon. KAmi bertiga masih bujang lagi. Namun kelihatan Encik Yussof Thon begitu gembira dan tanpa sebarang kerisauan di wajah. Aku bertanya kepada Encik Yussof Thon, "Bini kitak sik(tak) carik kah pulang aher malam?". Jawab beliau,"aku madah(cakap) pergi jogging ngan kau". Beliau lantas ketawa terbahak-bahak tanda gembira atau mungkin beliau terpaksa ketawa dulu sebelum kene marah oleh isteri di rumah nanti.
Aku paling suke gambar ni.
i suka cik Ju bergaya model dgn merah mengoda dgn duduk atas pokok (tapi macam gmbr 'dilamakanlah'). Stail seluar yusuf pun boleh tahan (macam i juga hihih)
ReplyDeleteha..ha...
ReplyDeletekecewa berbaur sedih di tinggalkan tanpa baju...pergi nya mereka dengan senyum..tp aku di tinggal dengan tangisan..kemana pergi nya kesetia seorg kwn....aku sedih...aku berduka...
ReplyDeleteAAHHHH....DAH DI EMBAK..MERAJUK...MINTAK PUJUK..DAH DIPUJUK SIK MAUK JUAK.
ReplyDelete